Friday 2 June 2017

Apa itu Dropshipping? | Bagaimana Dropshipping berfungsi?

Dropshipping bukan satu istilah yang baru dalam perniagaan internet, ia telah wujud sekian lama. Dalam post ini, saya akan kongsi bersama anda sedikit maklumat tentang drop shipping, cara ia berfungsi dan cara mengunakannya.

Dropshipping adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemborong atau wholesaler dari serata dunia. Apabila anda mengunakan servis dropshipping ini, anda tidak perlu bimbang tentang stok dan penghantaran produk kepada pelangan anda, Sebaliknya, apabila anda mendapat pesanan daripada pelanggan anda hanya perlu menghantar pesanan tersebut kepada dropshipper anda mereka akan hantar produk tersebut terus ke pelanggan anda. Ini bermakna, anda boleh menjual beratus atau beribu jenis produk tanpa mengeluarkan modal yang besar untuk stok.

Dropshipping ini bukan saja mudah kerana tidak perlukan modal untuk memulakan perniagaan internet, tetapi ia juga menjimatkan masa anda kerana anda tidak perlu buat packing dan tidak perlu untuk pergi ke pejabat pos untuk menghantar barang ke pelangan anda. Anda boleh memilih dari beratus dropshippers yang ada di internet. Insya allah saya akan kongsikan dropshippers yang saya gunakan dan juga dropshippers yang popular dan yang boleh dipercayai di post-post yang akan datang.

Dropshipper ini ada dua jenis, iaitu yang percuma dan berbayar. Kebanyakkan dropshipper akan menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma. Dan ada juga mengenakan bayaran bulanan untuk menjadi reseller mereka. Saya menasihatkan anda yang baru ingin mula menjana wang melalui dropshipping ini supaya mencari dropshipper yang membenarkan ahlinya mendaftar secara percuma untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Ini kerana anda mungkin perlu membayar store fees, listing fees dan macam-macam lagi fees jika anda memulakan perniagaan di ebay. Kalau anda membuka website sendiri, fees yang anda perlu bayar mungkin lebih lagi seperti store fees, setup fees, bayaran untuk domain name, modal iklan untuk mempromosikan website anda dan banyak lagi. Dengan mencari dropshippers percuma, anda boleh menjimatkan sedikit wang kerana dropshipper-dropshipper berbayar ada yang mengenakan bayaran $20 setiap bulan, ada yang caj $50 setiap bulan dan ada juga yang mengekan bayaran $200 untuk mengunakan servis mereka seumur hidup.

China menjadi lubuk dropshipping yang utama untuk kebanyakan penjual online. Hampir 90% penjual ebay dan amazon menggunakan dropshipping dari china kerana harga yang wholesaler atau dropshipper China tawarkan adalah sangat murah berbanding negara lain. Anda juga boleh mengunakan perkhidmatan dropship negara USA, UK, Canada dan sebagainya. Walaupun harga yang ditawarkan tidak setanding harga dropshipper China, saya masih mengunakan USA dan UK dropshippers untuk produk-produk tertentu kerana kebanyakkan pembeli yang berasal dari USA dan UK lebih suka untuk menerima pesanan dengan cepat. Mereka sanggup bayar lebih untuk apa-apa barangan jika mereka tahu yang barangan tersebut akan dihantar dari negara mereka sendiri. Ini kerana barangan yang dihantar dari China ini akan mengambil masa yang lama. Ada sampai 45 hari hinga 60 hari pun pembeli tidak menerima barang mereka. Ini yang menyebabkan segelintir pembeli ebay tidak membeli jika produk dihantar dari China.


Walaupun drop shipping ini menpunyai banyak kelebihan, ia juga ada sedikit kelemahan yang harus anda tahu sebelum memulakannya. Kelemahan dropshipping yang utama adalah "stock availability". Jika anda memilih sesuatu produk dan menjual produk berkenaan di ebay, laman web atau apa-apa marketplace perlu ingat bahawa produk tersebut tidak mungkin sentiasa ada di laman web dropshipper anda. Kerana ia mungkin habis dijual. Jika anda gagal untuk mencari produk yang sama dari supplier yang lain, anda mungkin berdepan masalah kerana kebanyakkan pembeli khususnya pembeli ebay tidak suka kalau seller memulangkan wang dengan alasan "product not available" atau "sold out". Ini mungkin akan menyebabkan pembeli ebay itu memberi feedback negative kepada anda yang bukan sahaja akan memburukkan reputasi perniagaan anda malah ia juga boleh menyebabkan ebay mengambil tindakan ke atas anda seperti menghadkan daripada anda menambah listings di ebay, menyekat anda dari menjual di ebay untuk jangka masa tertentu dan sebagainya. Saya akan menerangkan secara terperinci tentang kelemahan dropshipping di post-post yang akan datang.

Saya harap artikel ini dapat menerangkan anda apa itu dropshipping. Insyallah, saya akan menulis banyak lagi post tentang dropshipping pada masa akan datang. Terima kasih.

Sunday 13 March 2016

Apa Itu Perniagaan Online?

Salam sejahtera, pada zaman moden ini perniagaan atas talian atau lebih dikenali sebagai online business telah menjadi sangat popular di Malaysia terutama dikalangan remaja. Mereka yang suka beli secara online kerana kaedah pembelian yang senang dan cepat, kini mula beralih menjadi penjual online dengan harapan dapat mencari sedikit pendapatan sampingan untuk menampung kos perbelanjaan yang kini sedang meningkat.

Ada yang menjalankan perniagaan online ini secara sampingan dan ada juga buat secara sepenuh masa. Walaupun ramai yang sudah tahu apa itu perniagaan internet, saya terangkan sedikit secara ringkas.

Perniagaan online adalah perniagaan yang dijalankan secara atas talian melalui internet. Seorang pembeli akan membuat pesanan untuk sesuatu barang melalui laman web atau online store yang disediakan oleh penjual tersebut. Pembeli itu juga akan membuat bayaran secara online melalui kad kredit, perbankan internet, paypal dan sebagainya. Seterusnya penjual akan menghantar barang tersebut ke alamat pembeli melalui pos atau secara terus. Pembeli tersebut sudah pun membeli barang yang diperlukan tanpa perlu membazirkan masa pergi beli kat kedai atau pasaraya. Pembeli tersebut juga dapat menjimatkan masa, duit minyak kereta, duit parking dan banyak lagi.

Memang ramai orang mula memilih kaedah pembelian online ini menyebabkan bertambahnya pembeli-pembeli online dan seterusnya ia membuka peluang perniagaan yang luas untuk penjual-penjual mendapat pendapatan yang besar.

Tujuan saya memulakan blog ini adalah untuk mengkongsi sedikit sebanyak informasi dan idea tentang cara memulakan perniagaan online. Insyallah saya akan menulis post baru tentang cara buat duit online, cara membuka kedai online, kaedah bayaran, teknik pemasaran dan semua yang saya tahu.

Terima kasih.