Sunday 13 March 2016

Apa Itu Perniagaan Online?

Salam sejahtera, pada zaman moden ini perniagaan atas talian atau lebih dikenali sebagai online business telah menjadi sangat popular di Malaysia terutama dikalangan remaja. Mereka yang suka beli secara online kerana kaedah pembelian yang senang dan cepat, kini mula beralih menjadi penjual online dengan harapan dapat mencari sedikit pendapatan sampingan untuk menampung kos perbelanjaan yang kini sedang meningkat.

Ada yang menjalankan perniagaan online ini secara sampingan dan ada juga buat secara sepenuh masa. Walaupun ramai yang sudah tahu apa itu perniagaan internet, saya terangkan sedikit secara ringkas.

Perniagaan online adalah perniagaan yang dijalankan secara atas talian melalui internet. Seorang pembeli akan membuat pesanan untuk sesuatu barang melalui laman web atau online store yang disediakan oleh penjual tersebut. Pembeli itu juga akan membuat bayaran secara online melalui kad kredit, perbankan internet, paypal dan sebagainya. Seterusnya penjual akan menghantar barang tersebut ke alamat pembeli melalui pos atau secara terus. Pembeli tersebut sudah pun membeli barang yang diperlukan tanpa perlu membazirkan masa pergi beli kat kedai atau pasaraya. Pembeli tersebut juga dapat menjimatkan masa, duit minyak kereta, duit parking dan banyak lagi.

Memang ramai orang mula memilih kaedah pembelian online ini menyebabkan bertambahnya pembeli-pembeli online dan seterusnya ia membuka peluang perniagaan yang luas untuk penjual-penjual mendapat pendapatan yang besar.

Tujuan saya memulakan blog ini adalah untuk mengkongsi sedikit sebanyak informasi dan idea tentang cara memulakan perniagaan online. Insyallah saya akan menulis post baru tentang cara buat duit online, cara membuka kedai online, kaedah bayaran, teknik pemasaran dan semua yang saya tahu.

Terima kasih.